Showing posts with label Madah. Show all posts
Showing posts with label Madah. Show all posts

Sunday, December 21, 2008

JANGAN...!!

Jangan kau mencari api
kelak ia membakar diri
Jangan kau menyeksa hati
yang merasakannya dirimu sendiri
Jangan biar memori berlalu
biar ia bertahta di hati selalu
Jangan lepaskan peluang berharga
ia takkan muncul buat kali kedua
Jangan perdayakan rasa kasihmu
akuilah walau hanya kau yang tahu
Jangan menyorok rasa sayangmu
luahkan apa yang ada dalam kalbu
Jangan kau mendiamkan diri
kau sedang menerima dia tanpa disedari
Jangan mengejar cinta yang tak pasti
ia pasti membunuh diri
Jangan biar cintamu lari
genggamilah ia seerat-eratnya
jangan biar ia berkelana lagi..
Jangan biar segalanya berlaku
kerana hatimu akan bercelaru

Peringatan pada diri aku sendiri..
Jangan jadi orang yang kalau barcakap ikut sedap mulut sampaikan apa yang disampaikan tidak masuk akal langsung. Kalau begitu lebih baik DIAM.. sebab kalau banyak diam kita ada masa juga berfikir. Banyak cakap banyak dosa, silap2 keaibban diri sendiri pun terbongkar.Bodoh namanya.

Jangan jadi orang yang kalau bercakap tak serupa dengan perbuatan. Cakap macam champion tapi diri sendiri banyak yang kurang dan telah menunjukkan perbuatan yang salah.

Jangan cakap pasal orang sampai tak nampak keburukkan diri sendiri..

Jangan lupa pada ilmu agama. Sikit-sikit pun diri sendiri mesti tahu pasal agama jadi biar hidup tak sia2. Jangan sampai sesat dlm perjalanan hidup. Tidak ada guna kalau sibuk kejarkan hal dunia nanti mati sendiri yang rugi.

Buat perkara tu biar ikhlas kalau tak, hati kita jadi hitam.. Jangan fikir diri tu selalu betul, manusia takde seorang pun yang sempurna..

Tuesday, December 16, 2008

Madah

  • Kata - kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Namun manusia boleh membentuk seribu bahasa. tetapi kata- kata bukan bukti unggulnya perasaan.
  • Hati yang terluka umpama besi yang bengkok. Walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya dan semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tunggi,memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
  • Jika kita melakukan sesuatu dengan keiklasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
  • Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa kita hajati.
  • Bukti akal fikiran ialah perbuatan dan bukti ilmu ialah ucapan. Orang yang terlalu mengikut emosinya, akan kehilangan adab.

Monday, November 24, 2008

Buat renungan

  • Tuhan yang maha baik memberi kita ikan tetapi kita harus mengail untuk mendapatkan nya demikian juga jika kamu terus menunggu waktu yang tepat, mungkin kamu tidak akan pernah mulai, mulainya sekarang dengan apa adanya. Jangan pernah fikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai tetapi sadarilah bahawa cintalah yang memilih kita untuk mencintainya..

  • Perkahwinan memang memiliki banyak kesusahan tetapi kehidupan layang tidak memiliki kesenangan.

  • Buka mata lebar2 sebelum menikah dan biarkan mata kamu setengah terpejam sesudahnya

  • Menikahi wanita atau pria kerana kecantikkannya atau ketampanannya sama seperti membeli rumah kerana lapisan catnya.

  • Harta milik yang paling berharga bagi seorang pria di dunia ini adalah hati seorang wanita.

  • Begitu juga persabahatan, persahabatan adalah satu jiwa dalam dua raga. Persahabatan sejati layaknya kesehatan, nilainya baru kita sadari setelah kita kehilangannya.

  • Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya. Sahabat adalah tangan tuhan untuk menjaga kita.

  • Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tapi menyesal lah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

  • Berteman lah dengan orang yang membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisa diwaktu kamu susah namun kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kamu bisa melihat kebaikkannya dan menyenangkan kalau kamu bisa melihatkan keunikkannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak bisa melihat keduanya.

  • Begitu juga kebijakan itu seperti cairan. kegunaannya terletak pada penerapan yang benar. Orang pintar bisa gagal kerana ia memikirkan terlalu banyak hal sedangkan seorang yang bodoh sering kali berhasil dengan melakukan tindakan tepat dan kebijakan sejati tidak datang dari pemikiran kita saja tetapi juga berdasarkan pada perasaandan fakta.

  • Tidak seorang pun sempurna mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak . Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah

  • Apa ada dibelakang kita dan apa yang berada di depan kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang berada di dalam kita.

  • kamu tak bisa mengubah masa lalu tetapi dapat menghancurkan masa kini dengan mengkhawatirkan masa depan bila kamu mengisi hati kamu dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan kamu tidak memiliki hari ini untuk kamu syukuri.

  • Jika kamu berfikir tentang hari kemarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut berarti kamu sudah berada dijalan benar menuju sukses.
  • Tuesday, July 29, 2008

    Cium la anakmu...


    Cium anak pun boleh dapat pahala barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
    Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
    Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk kedalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

    Aqrak pernah terlihat SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.
    Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..
    ”Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

    Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

    Suami Isteri


    RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:

    "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "

    Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri
    kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

    Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami.

    Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

    Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

    Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

    Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.

    Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.


    Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.


    Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud:

    "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung diudara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

    Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

    Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

    "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
    Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
    Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
    dan ..........
    Dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang
    memilikimu."

    Monday, June 23, 2008

    Dia LELAKI


    Jangan cinta kerana dia lelaki
    kelak kita akan membenci
    jika dia bukan lelaki yg dicari
    hanya pandai menabur janji

    Jangan dirindu pada paras rupa
    kelak kita akan terseksa
    jika dia tidak sebaik rupanya
    senyumanya manis tipu belaka

    Jangan disayang kerana berharta
    kelak kita hidup menderita
    jika hartanya habis dibelanja
    sukarnya hidup miskin dan papa

    Jangan dikasih kerana dipuji
    kelak kita menagih janji
    jika rupa berkedut dimamah hari
    hilang sudah puji memuji

    Jangan dicari seorang kekasih
    kelak kita akan disisih
    jika kasih luntur bersih
    menangislah diri hidup bersedih

    Jangan disambut salam rindu
    kelak kita menahan sendu
    jika kita tak dapat disatu
    dimanakah akan kita mengadu

    Jangan dilayan seorang teman
    kelak hidup menjadi ancaman
    jika teman tidak beriman
    dibakar api dihari kemudian

    Wahai sahabat wahai teman
    carilah dia kerana tuhan
    untuk menambah ceteknya iman
    bekalan diri hidup berteman

    Wahai sahabat wahai teman
    cintailah dia kerana beriman
    dijadikan tuhan sebagai pasangan
    baik buruk ketentuan tuhan

    Wahai sahabat wahai teman
    terimalah dia penuh keihlasan
    andai buruk anggaplah dugaan
    andai baik pujilah tuhan

    Wahai sahabat wahai teman
    ingatlah akan janji tuhan
    isteri yang baik besar balasan
    suami penyabar itulah kemenangan....