Monday, June 23, 2008

Dia LELAKI


Jangan cinta kerana dia lelaki
kelak kita akan membenci
jika dia bukan lelaki yg dicari
hanya pandai menabur janji

Jangan dirindu pada paras rupa
kelak kita akan terseksa
jika dia tidak sebaik rupanya
senyumanya manis tipu belaka

Jangan disayang kerana berharta
kelak kita hidup menderita
jika hartanya habis dibelanja
sukarnya hidup miskin dan papa

Jangan dikasih kerana dipuji
kelak kita menagih janji
jika rupa berkedut dimamah hari
hilang sudah puji memuji

Jangan dicari seorang kekasih
kelak kita akan disisih
jika kasih luntur bersih
menangislah diri hidup bersedih

Jangan disambut salam rindu
kelak kita menahan sendu
jika kita tak dapat disatu
dimanakah akan kita mengadu

Jangan dilayan seorang teman
kelak hidup menjadi ancaman
jika teman tidak beriman
dibakar api dihari kemudian

Wahai sahabat wahai teman
carilah dia kerana tuhan
untuk menambah ceteknya iman
bekalan diri hidup berteman

Wahai sahabat wahai teman
cintailah dia kerana beriman
dijadikan tuhan sebagai pasangan
baik buruk ketentuan tuhan

Wahai sahabat wahai teman
terimalah dia penuh keihlasan
andai buruk anggaplah dugaan
andai baik pujilah tuhan

Wahai sahabat wahai teman
ingatlah akan janji tuhan
isteri yang baik besar balasan
suami penyabar itulah kemenangan....