Tuesday, December 16, 2008

Madah

  • Kata - kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Namun manusia boleh membentuk seribu bahasa. tetapi kata- kata bukan bukti unggulnya perasaan.
  • Hati yang terluka umpama besi yang bengkok. Walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya dan semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tunggi,memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
  • Jika kita melakukan sesuatu dengan keiklasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
  • Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa kita hajati.
  • Bukti akal fikiran ialah perbuatan dan bukti ilmu ialah ucapan. Orang yang terlalu mengikut emosinya, akan kehilangan adab.

No comments: