Ketika cuti sekolah ataupun musim perayaan, jalan-jalan utama di Malaysia selalunya sunyi dan lengang. Terima kasih diucapkan kepada fenomena ‘balik kampung’. Walaupun tujuan percutian anda adalah untuk balik kampung ataupun bercuti bersama keluarga, adalah tidak mudah untuk menguruskan anak-anak dan ahli keluarga yang berbeza umur dan keperluan. Di sini ada beberapa tips yang boleh anda ikuti bagi memastikan perjalanan anda sentiasa gembira, bermakna dan juga selamat.
1. Tourism Map & Guide
Bagi anda yang ingin memulakan eksplorasi melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia, saya cadangkan anda mendapatkan satu buku panduan umum bagi memudahkan anda mencari tempat-tempat yang menarik yang harus kunjungi apabila anda ke sesuatu negeri. Buku Malaysia Tourism Map & Guide merupakan salah satu buku panduan yang baik bagi membantu anda membuat pencarian ke sesuatu tempat yang harus dilawati.
Di dalam buku ini mengandungi keterangan tempat berserta peta lokasi tempat destinasi yang ingin anda tuju
2. Buat kajian (survey) tempat yang bakal dilawati.
Sebelum pergi bercuti ke tempat idaman, adalah lebih baik untuk meninjau sedikit info mengenainya dahulu. Ketahui lokasi menarik untuk dilawati, harga serta pengangkutan awam yang boleh digunakan di sana kelak. Jalan paling mudah adalah di http://www.malaysia-homestay.com/. Semua maklumat boleh anda perolehi hanya di hujung jari sahaja. Pelbagai maklumat berguna boleh anda dapatkan di sini.
3. Jangan pakai perhiasan yang mahal.
Memakai barangan kemas ketika bercuti perlu dielakkan sama sekali. Bercuti bukanlah tempat sesuai untuk menggayakan barangan hiasan yang anda miliki
Bimbang pula saat suka berganti duka nanti. Sebaiknya simpanlah barang kemas di rumah supaya keselamatan anda lebih terjamin. Takut juga hiasan anda akan jadi tumpuan si pencuri.
4. Sessi untuk merancang bersama ahli keluarga
Walaupun anak-anak anda masih kecil, cuba jadikan mereka lebih teruja untuk mengetahui apa yang bakal mereka tempuhi dan lalui di sepanjang perjalanan nanti. Melalui internet anda boleh memperolehi pelbagai maklumat mengenai perjalanan yang bakal anda tempuhi, jadi bincangkanlah bersama mereka berapa banyak masa dan di mana anda sekeluarga akan berhenti rehat di sepanjang perjalanan nanti.
Anda juga boleh memberikan anak-anak anda peluang untuk mengemas barang-barang yang akan mereka bawa sendiri. Ajarlah anak- anak anda erti hak milik dan cara-cara untuk menjaga barang-barang peribadi mereka. Melalui cara ini, anak-anak akan lebih tahu mengawal diri mereka apabila mereka tahu apa yang bakal mereka tempuhi nanti.
5. Berkongsi pengalaman dan saat manis bersama
Percutian bersama keluarga adalah saat di mana kita menghabiskan masa dan saat-saat terindah bersama ahli keluarga tercinta. Bagi kebanyakan orang, inilah masa yang paling ditunggu-tunggu untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga tanpa terikat dengan mana-mana urusan kerja seperti temujanji, kelas tuisyen, kerja sekolah dan juga waktu tidur yang telahpun ditetapkan.
Jangan sia-siakannya! Gunakan masa yang ada untuk berkongsi cerita-cerita menarik dan juga lagu-lagu kegemaran sewaktu zaman kanak-kanak anda. Ambil kesempatan ini juga untuk bercerita kepada anak-anak anda mengenai sejarah dan tempat-tempat menarik yang pernah anda lawati.
6. Bekas penyejuk atau “cooler”
Bawa bekas penyejuk atau “cooler”. Isikan dengan minuman ringan seperti jus tetapi elakkan minuman soda. Soda bukan saja tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak, malah membuatkan mereka hiperaktif. Ini membuatkan anak kerap ke tandas dan menyusahkan ibu bapa
7. Makanan ringan
Jangan berhenti di kedai kecil untuk membeli makanan ringan. Sebaliknya, kunjungi pasar raya besar seperti Giant dan Carrefour sehari sebelum perjalanan untuk membeli makanan yang lebih sihat.
8. Peralatan
Untuk menambahkan keriangan ketika perjalanan dengan kereta. Apa kata, sediakan peralatan untuk berkelah seperti pinggan kertas, sudu plastik dan tikar supaya anda boleh berhenti di mana-mana wakaf untuk menikmati makan tengah hari.
9. Teknologi atau tanpa teknologi
Terdapat pelbagai percanggahan pendapat mengenai perkara ini. Sesetengah pakar pelancongan mencadangkan anda harus membawa pemain DVD, PSP dan lain-lain barangan hiburan elektronik bagi memastikan anak-anak anda sentiasa gembira dan leka. Ada juga yang berpendapat barangan ini hanya akan memisahkan anak-anak daripada dunia luar dan menjadikan mereka tidak mahu bercampur-gaul bersama ahli keluarga. Ini sekaligus menjadikan tujuan percutian anda menjadi tidak bermakna. Anda pastinya tidak dapat menjadikan percutian keluarga ini sebagai sebuah percutian yang menarik dan boleh dikenang sekiranya minda mereka tidak pernah memberikan tumpuan di sepanjang perjalanan.
10. Rileks
Anak-anak anda pasti akan rileks dan gembira sekiranya anda juga gembira. Jadi, jangan stresskan diri anda dengan merancang terlalu banyak aktiviti dan tempat-tempat yang perlu dilawati. Ini pastinya akan menjadikan anda lebih tertumpu untuk menyempurnakan kesemua aktiviti-aktiviti tersebut. Anda pastinya mahukan anak-anak mengingati keseronokan dan kegembiraan yang dialami dan bukannya saat-saat yang merimaskan dan penuh dengan tekanan. Sebagai tambahan, anda juga haruslah lebih realistic tentang berapa banyak masa yang anak-anak anda boleh kekal gembira berada di dalam kereta di sepanjang perjalanan. Bagi anak yang berusia empat tahun misalnya pasti tidak akan duduk diam dengan lebih lama berbanding dengan anak yang sudah berusia 10 tahun.
1. Berkongsi
Adalah sukar untuk melihat anak-anak anda berkongsi barang-barang mereka bersama di rumah, jadi jangan harapkan keajaiban akan berlaku pula di sini. Bekalkan mereka dengan barang-barang dan peralatan yang mereka suka untuk meminimakan pergaduhan. Pastikan mereka mendapat waktu tidur yang mencukupi apabila anda merancang untuk bercuti, dan berikan mereka keistimewaan untuk duduk di kerusi penumpang hadapan secara bergilir-gilir. Jika terdapat lebih daripada seorang dewasa, anda mungkin boleh bergilir-gilir memandu. Ini secara tidak langsung akan dapat memastikan pemandu menumpukan perhatiannya kepada pemanduan dan penumpang yang lain pasti akan gembira dan selamat.
12. Ambil masa
Ambil masa antara setengah hingga sejam setiap hari untuk berjalan kaki merentas denai atau hanya bersenam. Ia cara terbaik untuk melihat budaya dan gaya hidup masyarakat di sesuatu tempat
No comments:
Post a Comment